JellyPages.com

Isnin, 25 Februari 2013

:: Durian Crape ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....salam 1 Dunia...x mahu 1 Malaysia saja kn...

Seperti yang di janji kan...saya ingin berkongsi mengenai Resepi Durian Crape....yang agak popular dalam kalangan masyarakat Malaysia sekarang ni kn....ceh...mcm karangan BM..hahaha~
Sebenarnya,x semestinya kita guna durian,boleh di ganti dengan apa saja jenis buah-buahan yang kira bersesuaian...
Resepi kali ni,saya dapat dari seorang kakak,yang di kenali dalam group PGK...Alhamdulillah,resepi yang dia bagi ni menjadi dan kulit crape saya x koyak seperti yang saya buat sebelum ini...wokey,jom baca & lihat resepinya....Opsss..before tu,sukatan dalam resepi ni boleh dapat dalam 9-10 biji...

:: Durian Crape ::

Bahan-bahan

Bahan A
* 3 sdt gula halus
* 3 sdt tepung ubi
* 1/2 sdt tepung gandum
* 1/2 sdt majerin
* 4 bini telur
* 95ml air
* 1 st esen Vanila

Bahan B

* Wiping Cream (Non dry)
* Isi Durian

Cara-cara

1.Blend semua bahan A
*boleh tambah sedikit pewarna,mengikut kesukaan anda
2.Guna kan non-stick pan dan panaskan
3.Letakan sedikit butter atau x perlu ke atas permukaan kuali tadi...kemudian tuangkan sesenduk adunan tadi ke dalam  kuali dan gelek kan kuali tadi untuk memastikan adunan rata keseluruh permukaan kuali.
4.Pastikan tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis..
5.Masak 1 permukaan saja
6.Seterusnya,pukul wiping cream tadi sehingga menjadi kental a.k.a bertanduk dan x jatuh jika di terbalikan...
7.Ambil sekeping hasil adunan tadi,letakkan wiping cream,kemudian isi durian....
8.Akhir sekali,lipat mengikut cara anda....

Selamat Mencuba...



:: Beijing & Makanan ::

Assalamualaikum..& Salam sejahtera....

Hari ni,saya ingin berkongsi mengenai makanan...makanan yang di jumpai sepanjang berada di bumi Beijing.Cehh..mcm la menetap di sana kn,x la...just ada rezeki lebih untuk bercuti ke sana pada hujung tahun lepas.

First saya akan kongsi makanan yang di makan ketika Lunch & Dinner pada hari pertama di sana,just ambil gambar time 1st day,sebab...makanan dia lebih kurang...serupa tapi lain sedikit la...hehe~
ada juga yang berbeza,tapi,x mood+segan juga la untuk ambil gambar setiap kali makan...


 Kalau di perhatikan,x ikan dalam menu masakan...lauk2 yang di hidangkan just berasaskan isi daging dan ayam sahaja,sebab time ni musim winter,air beku,ikan susah mahu tangkap...(andaian saya la..hahaha~) dan kalau merujuk geografi Beijing ni,agak jauh dari laut...so,faham2 saja la....last day di Beijing,baru merasa makan ikan,itu pun ikan bela dalam akuarium...memang x sedap + ikan jenis banyak tulang...makan pun x nikmat..

Sayur pula menu wajib ada,dan mesti ada macam kuih2 sebagai pencuci mulut...dalam gambar di atas,yang bulat2 sebelah kanan tu,macam kuih kosong...x rasa apa2...hahaha~
Gambar di bawah pula,ada nampak telur goreng kan?? dalam 1,2,3 hari di sana..kira telur goreng ni pun macam hidangan wajib di meja.



Next pula,buah-buahan yang segar dari ladang...ceh...tapi memang segar,sedap n manis....yang paling best,boleh rasa dulu before beli...hehe~


 Pernah tengok cerita korea??antara scane dalam cerita,ada yang makan ubi bakar kan...kalau fanatik sangat tu,tahu la nama dia dalam korea...saya kurang tahu,walaupun suka tengok juga...tapi tuan2,puan2,kakak2,abang2 dan adik2 jangan risau....di Beijing pun ada jual....ubi yang manis & panas2...tambahan lagi sejuk,pergghh....nikmat x tandingan... ;D
Ubi2 akan di bakar di dalam bekas macam bekas drum tu,ada la arang2 berapi di dalam sebagai medium pembakar,bila sudah masak,c pakcik tu bagi keluar dan letak di penutup & tunggu c pembeli..Harga dalam 10 Yuen...bersamaan RM5 untuk saiz besar punya ubi..kalau yang kecik 5Yuen = RM2.50





Seterusnya ialah,Itik Piking...lebih kurang macam tu la bunyi...kalau salah,hope ada yang sudi perbetulkan...
Dalam gambar di bawah,saya sudah susun macam mana mahu makan makanan ni...


First,kita nampak yang macam kulit popiah bulat tu kan...sos tiram n isi  daging itik..isi daging itik tu kira macam di hiris2...
  Kedua,ambil sekeping yang macam kulit popiah tu,bubuh sedikit macam sos tiram tu,dan letak sekeping isi daging itik....

 Terakhir gulung2  macam buat popiah....dan..sedia di makan.....Rasa pula,ntah la...bagi saya,kurang suka la...mungkin ada orang yang suka kan...



 Dua Gambar terakhir ni pula ialah,kuih muih yang terdapat disana...yang ni dijual di bahagian depan Restoran...kami just cuba 2-3 jenis kuih2 ni...ada yang kena dengan anak tekak,ada juga yang agak pelik rasanya...Kuih-kuih juga boleh di dapati di luar sebuah Masjid...x ingat sangat nama Masjid tu..tapi memang lagi banyak pilihan dan menarik...

Rasanya itu saja yang saya dapat kongsi kan,sebab saya x ambil gambar banyak sangat...Jangan risau dan was2,sebab pakej perlancongan yang kami ikut ni memang membawa kami ke Restoran2 muslim....
Sekian saja coretan hari ini....In Sha ALLAh next entry ialah Durian Crape....da....

Sabtu, 23 Februari 2013

:: Sama,tapi tidak (Cheese Cake Oreo) ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua,entry ke dua untuk hari ni...
Rajin pula,sebab saya memang free sekarang...Kali ni mahu kongsi Resepi Cheese Cake yang ala2 macam di Secret Recipe tu...buat sendiri agak puas hati kn,kalau beli RM7.10 sudah kn...1 slice saja tu...
Resepi ni dr Juara MasterChef Malaysia musim ke-2,Izyan...ok,jom layan....

Bahan-bahan

100g biskut oreo, dihancurkan (atau guna marie)
50g butter, dicairkan (kalau guna marie, guna 100g butter)
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.


Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream @ fresh cream
30g gula kastor
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon @ lemon oil @ limau kasturi
30g gula kastor
3 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar (optional)


Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. *Biskut mungkin mengelembung sikit masa bakar. Boleh ratakan balik dgn belakang sudu.

2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.

3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas.

 
4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku.

5. Kaup balikkan meringue (nama putih telur yg dipukul kembang tu) ke dalam adunan cream cheese secara perlahan-lahan.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar.

7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 55 minit-1 jam, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan.



8. Keluarkan dari oven dan sejukkan sekejap , sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk.Bila sejuk bolehlah hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.

 Gambar di atas ialah cara membakar kek,ambil 1 loyang yang agak besar sedikit,isi air & letak loyang yang berisi adunan tadi didalam,sebelum tu,balut loyang adunan dengan aluminum foil...



 Inilah hasil kek yang saya cuba & buat di atas...


hope semua orang boleh la mencuba k,next entry mungkin share resepi desert pula...Pavlova atau Durian Crape.....tungguuuu.....~~

~ New ~

Assalamualaikum semua.....

Blog2 dulu sudah di padam,now blog baru tercipta di kala kebosanan..huhu~
Blog ni lebih kepada perkongsian mengenai masakan...sebab saya suka buat kek..dan suka sedikit kepada kuih2...Resepi-resepi tidak la di cipta sendiri,tapi di cedok dari mana2 yg selalu menjadi...hoho~
Don't worry...saya akan membantu ada semua untuk mendapatkan resepi yang In Shaa ALLAH menjadi kalau mengikut sukatan yang betul...Mutu gambar saya mungkin x secantik orang lain...sebab saya cuma suka2....hee... =) 

Nama blog "Sepanar ke Senduk"......hahaha~
kenapa??mengapa???apakah???
sebab...sebab....sebabbbb......
Sepanar ialah my further carrier(In Shaa ALLAH)...Senduk my part time job...n wajib bila sudah bernikah nnt...kih3~

bah..mari layan apa yang pernah di buat...hehe~

First yang mau di kongsi ialah...

:: Sponge Cheese Cake ::

Bahan- bahan :-

Bahan A

3 Biji Telur Ayam
1 Cawan Tepung Gandum
1 atau 1/2 Cawan Gula (agak2 x manis sgt)
1/2 Sudu Makan Ovalate( Sponge Cake Stabilizer )

Bahan B

Cheddar Cheese (Kraft)
Philadelphia Cheese Cream ( yang sllu guna)
Susu pekat

Cara-cara membuat kek:-
1.Ayak tepung
2.Pukul Bahan A menggunakan mixer,kecuali tepung sehingga kembang dan nampak ringan (warna keputih-putihan)
3.Masukan tepung ke dalam adunan setelah adunan kembang
4.Teruskan memukul adunan sehingga adunan sebati
5.Masukan adunan ke dalam loyang,sapu loyang dgn magerin/planta bg mengelakkan adunan melekat di loyang
6.Kemudian masukan ke dalam periuk pengukus....

Cara-cara membuat cheese cream:-
1.Campurkan cheese cream dan susu pekat(mengikut manis yg anda ingin kn) kemudian gaul dengan mesin pemutar

- Jika ingin membuat kek 2 lapis,hendaklah mengulangi cara-cara membuat kek di atas atau menggandakan adunan(ganda dengan betul,jika tidak kek akan bantat) hehe~

-Setelah kek masak,keluarkan kek dari loyang,kemudian topengkan kek dengan cheese cream dan parut cheddar cheese bagi hiasan di atas.

-Bagi yang membuat kek 2 lapis,keluarkan kek dari loyang,letakkan cheese cake kat atas kek pertama,kemudian letakkan kek ke-2,selepas itu topengkan kedua-dua lapis kek tersebut dengan cheese cream dan parut cheddar cheese sebagai hiasan. 














Sekian untuk first entry...tunggu untuk perkongsian resepi seterusnya.....daaa....