JellyPages.com

Sabtu, 23 Februari 2013

:: Sama,tapi tidak (Cheese Cake Oreo) ::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua,entry ke dua untuk hari ni...
Rajin pula,sebab saya memang free sekarang...Kali ni mahu kongsi Resepi Cheese Cake yang ala2 macam di Secret Recipe tu...buat sendiri agak puas hati kn,kalau beli RM7.10 sudah kn...1 slice saja tu...
Resepi ni dr Juara MasterChef Malaysia musim ke-2,Izyan...ok,jom layan....

Bahan-bahan

100g biskut oreo, dihancurkan (atau guna marie)
50g butter, dicairkan (kalau guna marie, guna 100g butter)
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.


Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream @ fresh cream
30g gula kastor
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon @ lemon oil @ limau kasturi
30g gula kastor
3 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar (optional)


Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. *Biskut mungkin mengelembung sikit masa bakar. Boleh ratakan balik dgn belakang sudu.

2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.

3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas.

 
4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku.

5. Kaup balikkan meringue (nama putih telur yg dipukul kembang tu) ke dalam adunan cream cheese secara perlahan-lahan.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar.

7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 55 minit-1 jam, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan.



8. Keluarkan dari oven dan sejukkan sekejap , sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk.Bila sejuk bolehlah hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.

 Gambar di atas ialah cara membakar kek,ambil 1 loyang yang agak besar sedikit,isi air & letak loyang yang berisi adunan tadi didalam,sebelum tu,balut loyang adunan dengan aluminum foil...



 Inilah hasil kek yang saya cuba & buat di atas...


hope semua orang boleh la mencuba k,next entry mungkin share resepi desert pula...Pavlova atau Durian Crape.....tungguuuu.....~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan